Sunday, 21 October 2018

BBT Graf untuk 2nd Cycle Clomid

Graf BBT yang menyakitkan hati. haha

Cantik je suhu tapi sehari sebelum period dia drop pulak. 
Rase malas dah rase nak buat BBT sebab fikir buat apa pun buat sebab last day dia akan drop juga.

Lepas ni nak buat BBT untuk tahu ovulation day je.
Frust dah rase, haha.

Ni call Klinik Hamid Arshat untuk next follow up tak dapat-dapat pulak.
Alahaii sedihnya rase, harap-harap la dia tutup sementara je.

Malam ni baru start Clomid untuk 3rd cycle.
Semoga ada berita baik untuk kita semua bulan ni 😊💞.

Sunday, 7 October 2018

Start Norcolut


5/10/2018 
Hari ni appointment ke-4 kat Klinik Hamid Arshat untuk buat TVS untuk cek ade berapa banyak telur yang matang lepas 2nd cycle on clomid. 
Sebenarnya berapa hari sebelum cek TVS ni rase macam bad mood. 
Sebab bulan ni langsung takde egg white which is indicated yang ada ovulasi. 

Tapi suprisingly lepas scan doctor kata kiri dan kanan ada telur, kanan dah pecah dan kiri ada 2 telur yang besar. 
Doktor kata awak tengah subur ni. 
Nanti balik try bersama lagi sebab masa tu CD15 which is still dalam fertiliy window.


TVS Scan tunjuk ada 2 telur yang cantik,
dan belah kanan telur yang dah pecah maksudnya tengah subur


Rase happy sangat, sebab sebelum ni ingat takde harapan dah.
Doktor pun ade kata tak semestinya tak ovulate kalau takde egg white.

Tak tahu la ni hasil Clomid ataupun Buah Zuriat 😆.

Doctor bagi lagi Clomid untuk try for 3rd cycle kalau period.
Tapi doktor bagi juga Norcolut (dwi fungsi : untuk kuatkan rahim sekiranya hamil, tapi kalau tak hamil dia akan habiskan turun dah period).


Clomid for 3rd cycle - Makan 4 biji sekali sehari

Norcolut - Makan 1 biji 2 kali sehari

Asid Folic ni memang saya hari-hari makan nak dekat setahun dah kot

Bil kali ni RM127.00

Nota :
Norcolut tu doktor terus suruh makan CD15 tu untuk kuatkan rahim.

Sekarang ni saya ada simptom senak perut kat belah kanan. 
Tempat yang sama je berdenyut dan kadang-kadang macam tertusuk 😅.
Dah 2 hari macam ni masa CD15 dan CD16.

BBT pagi tadi 36.9'C.. harap-harap la bulan ni ade berita baik.
Aminn.. 💖


Nukilan Tahun Ke 9 TTC