Tuesday, 30 March 2021

SEMEN FLUID ANALYSIS @KPJ DSH

30/03/2021 

Appointment pukul 10.30 pagi. 

Pergi Klinik Dr Mohan dulu untuk register. 
Beli sekotak lagi CO Q10 sekali harga RM100 untuk 30 biji sebab IVF akan buat lepas raya. (Hujung bulan Mei) 
Dapat bill terus naik Fertility Centre untuk Semen Fluid Analysis. 

Bilik disediakan untuk SFA ni ada TV, sofa dan bilik air. 
Boleh la suami mandi wajib terus kalau lepas tu nak masuk office. hehe 

Itu je untuk visit kali ni. 
Harap2 pregnant dalam cycle ni sempena befdei saya dan befdei suami pulak bulan depan. 
Dan sempena Ramdhan yang bakal tiba. 

Didoakan siapa yang baca blog ini pun ada rezeki Ramadhan kali ini, InsyaAllah.
Aminn ya Allah ya Mujib. 

Tiada yang mustahil jika Kau kata 'Kun Fa Ya Kun'

Monday, 15 March 2021

SAMBUNG RAWATAN KESUBURAN - TAHUN 2021

 

9 MAC 2021

KLINIK WANUTA METRO SUBANG JAYA


Appointment dgn klinik untuk SCREENING PACKAGE harga RM450.



Plan nak proceed untuk IUI lepas buat screening ni.

buat TVS , find out :




Tiba2 ada 2 fibroid lain yg besar yang sebelum ni klinik Hamid Arshat takde cakap pun.

Tak tahu la diaorang tak nampak atau ni memang fibroid baru.

Total ada 3 firbroid.

Doktor suruh buang sebelum boleh proceed untuk IUI.

Doktor bagi refer letter untuk ke KPJ Damansara sebab kat situ dia kata Doktor Mohan Raj buat laparcopic surgery bagus, Dia buang semua laparscopic yang ada. HSG pun buat sekali masa operation nanti.

Blood test pun buat sekali kat klinik ni.

Semen analysis kena buat kat Metro Klang.

Doktor akan contact KPJ DSH untuk transfer case ni.


Total kos : Screening Package RM450 + Admin fee RM15 = RM465



15 MAC 2021

KLINIK DR MOHAN RAJ @ KPJ DSH

Appointment dgn doktor Mohan Raj pukul 12 tengahari.

Inform Doktor untuk buat laparscopic operation.

Lepas buat TVS mmg ada 3 fibroid tu, doktor kata buat je IVF instead operate buang fibroid tu.

Kos pun harmpir sama RM15K. Ataupun mungkin laparscopic dah cecah RM20K++ sekarang untuk tahun 2021. (Pakai insurans)

Sebab fibroid tu tak ganggu pun lining rahim.



Kami pun terkejut sebab kita tak prepare pun untuk IVF.

Takde study pun IVF sebab kalau boleh memang tak nak buat IVF sebab tau proses dia bukan senang, dan badan kena sihat kalau nak buat IVF.

Tapi lepas doktor kata boleh proceed untuk IVF kami pun ikut je, bagus juga sebab jimat duit, jimat masa dan percentage untuk conceive lebih tinggi dari IUI.

Cek telur pun ada banyak dan size cantik, tapi gambar TVS telur takde pulak.

Dia cuma bagi gambar lining rahim je.

Doktor Mohan minta kami pergi ke KPJ DSH Fertility Centre pulak untuk tau lebih lanjut proses IVF.

Kena buat bayaran dulu sebelum ke Fertility Centre.


Total payment hari ni :  Consultation RM445 + Admin fee RM15 = RM460.00

(Boleh claim sekali dalam KWSP under IVF)


KPJ DSH FERTILITY CENTRE

Tunggu kejap je untuk consultation, sbb ada sorg je patient mase tu.

Nurse terangkan kami proses IVF ni which is aku dah lupa sebenarnya sebab banyak sangat 😂.

Kena refer balik checklict tu untuk tengok proses dia.

Ada banyak juga injection, nanti suruh husband la tolong inject sebab aku memang penakut jarum.

Tapi IVF ni nak buat bulan depan, dalam bulan ramadhan, nurse kata boleh.

TAPI MACAM NAK GOOGLE DULU LA tengok pendapat dalam islam.

Macam kena duduk hotel pun ada sebab ada yang kena datang untuk injection pukul 7.30 pagi.

Nak datang dari klang dah sejam, memang kena check in hotel rasanya.

Nurse pun ada tunjuk diet eat clean untuk proses IVF, memang takde masalah sebab dah 2 tahun start diet eat clean yang extream.

Walaupun berat 46kg je, tapi buat eat clean untuk tambah kesuburan.

Nurse pun ada pesan jangan makan shaklee GLA COMPLEX buat sementara waktu.

Makan Asid Folic je dan pil CO Q10 yang dia bagi sebab tak nak banyak sangat makan ubat,.


 CO Q10 100mg


Bahaya untuk buah pinggang katanya kalo makan banyak jenis ubat.

Lepas embyo transfer nurse kata boleh sambung balik makan shaklee.

Total cost IVF KPJ DSH RM13, 488. 

Dapat name card nurse untuk senang whatsapp next 1st day period nanti untuk next appointment.

Since kami plan nak guna KWSP Akaun 2 untuk bayar IVF, nurse suruh kami ke International Patient pulak untuk discuss cara submit application.


INTERNATIONAL PATIENT @ KPJ DSH

Dapat semua form untuk submit.

Kami plan nak pay and claim sebab takut duit lambat masuk, mungkin ambil masa sebulan untuk permohonan approved.

Dapat name card PIC senang nak follow up.


Husband kena buat semen analysis sebelum next appointment.

Ok jumpa lagi di next entry.










Nukilan Tahun Ke 9 TTC