Thursday, 29 April 2021

OPK DAN BBT GRAFT PROBLEM CYCLE KALI NI

 30/04/2021


Hari ni CD29 belum period lagi.

Tapi tiba2 jadi risau.

Cycle kali ni BBT graf pelik sangat, suhu turun naik dan LH test pun kejap high kejap low.







Macam PCOS pulak.

Padahal doktor tak pernah sebut pun ada PCOS.

Sebab hari tu dah tanya doktor 2,3 kali dia kata takde PCOS.

LH test tu tak pasti kenapa, atau sebab bulan puasa ke?

Asyik kencing je bulan puasa ni, sebab masa sahur minum air banyak.

Sebab tu kot effect OPK test.

Suhu semalam 36.7'C, tapi pagi ni dah turun 36.4'C.

Terus rasa takde mood nak cek UPT, semalam ingat nak cek UPT pagi ni.

Ke sebab cycle ni ambil CO Q10 pun tak pasti.

Harap2 bukan sebab PCOS.

Minta dijauhkan. Aminnn.

Sunday, 18 April 2021

DAY AFTER OVULATION

DPO1 - rasa mencucuk, kulit gatal

DPO2 - mood swing

DPO3 - badan panas, mood swing

DPO4 - rasa mencucuk dan ngilu perut belah kanan, sekejap2, jerawat, muka berminyak, loya

DPO5 - tekak loya, makanan rasa lain, mengantuk awal

DPO5 - perut berdenyut tempat sama, mengantuk gila2 masa kat office.

DPO6 - mengantuk giler. sebab bulan puasa kot. bangun sahur 4.45pagi. 

DPO7 - Takde simptom apa2

DPO8 - Creamy, gatal tekak, batuk

DPO9 - Creamy, sakit pinggang, sakit belakang, batuk

DPO10 - Susah tidur malam, badan panas, asyik nak buang air kencing

DPO11 - Takde simptom apa2

DPO12 - Takde simptom apa2, watery serviks while BD

DPO13 - Mood swing

DPO14 - Mood swing, breast rasa sengal, sakit belakang, asyik mengantuk je

DPO15 - Mengantuk, mungkin sebab bulan puasa kot.Menguap tak habis-habis.

Thursday, 15 April 2021

BBT & OPK Cycle April 2021

 16/04/2021


Bulan ni amalkan ACID FOLIC dan CO Q10 je.

Tak makan langsung Shaklee macam yang doktor suruh.

Tapi boleh sambung balik makan lepas settle IVF nanti.


Sempena bulan puasa yang mulia ini semoga ada rezeki untuk kita semua dapat positif hamil.

AMINNN YA ALLAH YA MUJIB.


Semalam baru dapat peak OPK test.

Dan BBT pun suhu jatuh semalam.

Pagi tadi baru naik semula. Bermakna dah ovulate.

Alhamdulillah ya Allah.


Gambar BBT yang turun dan kemudia naik semula



Gambar OPK Test yang peak


Seronok sangat bila dah masuk bulan puasa.

Boleh jaga makan dan bagi badan berehat.

Oh ye, saya amalkan juga makan sunnah.

  1. Madu lebah asli - minum pagi masa perut kosong
  2. Makan kurma ajwa masa sarapan / sahur
  3. Makan kacang2 yang takde garam
  4. Saya amalkan juga susu kambing hi goat kurma (takde gula)
Saya try nak eat clean cycle ni. Tapi macam tak berjaya sangat. 
Cuma saya tak ambil langsung makan dan minuman bergula.
Gula putih paling kena elakkan untuk persediaan IVF.
Nasi pun kami dah tukar kepada beras PUSA CREAM BASMATHI sebab low GI dan kanji.
Itu pun rezeki ade harga promosi. Biasanya harga dia agaka mahal jugak.

Bagi saya tak salah berbelanja lebih untuk sihat, sebab kalau sakit pun mahal jugak kan bil hospital dan ubat.
Saya anggap ni ikhtiar saya untuk IVF.
Lagipun saya perasan jimat juga beras basmathi ni.
1/2 cup je dah cukup utk 2 orang makan sebab beras dia jadi panjang bila masak.

Semoga ada berita baik kepada semua yang menunggu zuriat bulan ini.
Mari sama2 manfaatkan bulan ramadhan ini untuk tambah ibadah kita disamping doa yang tak pernah putus.


💋!



Nukilan Tahun Ke 9 TTC