Friday, 9 July 2021

EMBRYO TRANSFER DAY

 08/07/2021

Procedure start pukul 9.25 pagi.

Tersilap pegi minum banyak sangat air sampai nurse scan terkejut banyak sangat air.

1 liter air engko! Mana tau 😂

Rupanya dia kata minum sikit je, kalo rase mcm nak terkencing tu kira dah penuh la.

Huhu nasib boleh scan jugak.


Embryologit tunjuk gambar embrio yang berjaya bertahan.

Ada 2 je. Takde untuk frozen.

Syukur alhamdulillah.

Walaupun terkejut mulanya. Tapi syukur juga at least Allah bagi juga walaupun 2.

Ada orang telurnya tak matang langung.

Takde telur langsung pun ada.

Cepat2 saya istghfar dan bersyukur kepada Allah.


Ni gambar embrio yang berjaya bertahan.

Terim kasih ya Allah kau beri juga walaupun hanya 2.

Kau tahu yang terbaik. Kaulah sebaik2 perancang.


ET ni lagi sakit pada saya sebab rasa macam doktor ketuk2 guna benda apa ntah yang masukkan embrio tu.

Banyak kali terangkat punngun sampai doktor tegur.

Mana nak terkencing lagi, mana sakit lagi mana tahan malu lagi terkangkang sampai ke atas macam tu.

Kalau boleh tak nak ulang dah.

Moga Allah ampunkan dosa buka aurat ni.

Ya Allah berilah zuriat kepada kami semua.

Kau lah Yang Maha Kaya dan Maha Penyayang.



Ni gambar embrio yang dimasukkan ke dalam rahim.

Peliharalah ia ya Allah sehingga 9 bulan.

Amiin ya Allah ya Mujib.


Lepas tu doktor masukkan lagi ubat insert UTROGESTAN tu 2 biji.

Saya dihantar semula ke wad untuk berehat.

Sama juga kena baring sejam lepas insert ubat tu.


Kena tahan kencing sejam.

Tapi sebab tersilap minum banyak sangat nurse keluarkan air kencing guna drip.

Pedih gila masa dia pasang dan nak cabut drip tu.

Tapi lega sebab dah buang air kecil.


Lepas sejam nurse datang inject PROLUTON.

Proluton Depot Injection is used to prevent premature labor in pregnant women in order to reduce the risk of giving birth too early (preterm birth). It prevents miscarriage and lower the risk of premature birth in women who have had one premature delivery in the past.

sakit wei! 😂

Nurse tambah lagi ubat UTROGESTAN 3 kotak dan ubat DUPHASTON 2 kotak.

DUPHASTON Oral dydrogesterone has been used for luteal phase support on an empirical basis since the early days of in vitro fertilization (IVF) treatment.



Caj hari ini :

UBAT DUPHASTON - RM 159.60

Lepas ni kena datang lgi seminggu untuk cucuk PROLUTON lagi.



EGG FERTILIZE

 04/07/2021

Dapat call dari embryologist daripda 13 telur yang dapat masa OPU :

9 Matang

5 Gred 2

3 Gred 3

1 Gred 4

Alhamdulillah ya Allah. Ada juga yang matang.

Kuantiti tak penting janji ada juga Allah bagi.

Semoga bertahan sehingga hari ke 5 nanti 💕.


OPU DAY

 03/07/2021

Procedure pukul 8 pagi.

Tukar baju di wad dan nurse tolak guna wheelchair sampai ke OT room.

Doktor bagi ubat bius 2x sebab tak pengsan-pengsan. haha.

Masa doktor suruh letak kaki tu pun masih sedar, lepas tu tak ingat apa dah.

Lepas habis procedure nurse terus masukkan ubat UTROGESTAN 2 biji dalam vagina.

Nurse tolak masuk wad semula untuk rehat sejam lepas insert ubat tu.

Nurse sempat bagitahu dapat 13 telur. 

Alhamdulillah ya Allah.

Sejam lepas tu nurse hantar makanan sebab pagi tu puasa kan.




Lepas makan nurse bagi ubat UTROGESTAN untuk insert 2 biji 3 kali sehari ikut jadual untuk insert sampai hari ET.



Saya suruh husband tolong insert sebab saya ni gayat sikit benda macam ni. huhu.


START IVF

 21/06/2021

1st day period.

kami ingat nak buat IVF cycle ni je since dah tak sibuk dengan kerja dan PKP pulak masa ni.

senang jalan pun tak jem. 

Call KPJ dan disuruh datang day 3 menses.


23/06/2021

sampai je klinik reception terus suruh ambil darah (E2 BLOOD TEST).

An estradiol test measures the amount of the hormone estradiol in your blood

sebab result darah dalam 2 jam. 

Blood test tak termasuk dalam packej IVF ye jadi kena bayar cash.

Lepas tu tunggu turn untuk kena panggil dengan doktor.

Alhamdulillah result ok dan boleh proceed IVF.

Doktor arrange untuk ambil ubat inject dan start inject FSH

Saya dapat ubat Folliculin dan Humog.


Caj hari ni : 

DEPOSIT IVF - RM7,000.00

BLOOD TEST  - RM72.65

SHARP BIN (untuk buang jarum suntikan dan botol ubat) - RM15.00


28/06/2021

Datang klinik day 8. Doktor suruh awal sehari nak tengok perkembangan follicles.

Kalau lambat respons boleh dia adjust dose.

Bijak betul doktor ni. Sebab dia dah banyak pengalaman.

Bila scan doktor terkejut telur besar dah dari yang sepatutnya.

Alhamdulillah. Jadi dia kata tak payah tambah dose.

Maintain dose dan tambah 1 lagi jenis injection - Organlutran.

Jarum dia lagi besar, masa cucuk tak sakit.

Lepas tu baru rasa. nasib kejap je sakit. hahaha  😂.


30/06/2021

Datang lagi untuk scan follicles.

Alhamdulillah dah ada 4 telur yg saiz 17mm- 18mm.

Alhamdulillah telur respons baik dengan ubat.

Jadi tak perlu tambah dose.


Doktor kata boleh proceed OPU pada 03/07/2021.

Alhamdulillah dipermudahkan IVF saya ni. Terima kasih Allah.


Doktor suruh buat P4 BLOOD TEST  pulak (A progesterone test measures the level of progesterone in the blood. ) 

Ni pun tak masuk packej, jadi sila lah bayar cash ye.


Nurse pun suruh buat swab test sekali. Doktor kata suami tak payah buat.

Jadi saya je buat swab test. First time buat. Takut sebenarnya nak jolok hidung.

Lembut je staff situ buat. Kejap je dah siap. Result esok katanya akan bagi.


Caj hari ni : 

BALANCE IVF - RM6,685.05

BLOOD TEST - RM54.60



01/07/2021

Doktor arrange saya untuk ambil darah lagi untuk infection screening test kat maternity ward je malam tu pukul 9 malam before OPU procedure on next 2 days.

Ambil sekali injection Ovidrel 10,000iu.

Ovidrel (choriogonadotropin alfa) Injection is the hormone (hCG) that causes the growth and release of a mature egg (ovulation) used to treat certain fertility problems in women.

Cucuk kat punggung. Nurse kata jarum dia besar.Takut nak tengok haha.
Mak oii sakitnya. Nasib kejap je dah hilang sakit dia. Huhuu.

Nurse ambil sekali darah untuk infection screening test. 
Result dia akan terus bagi kat doktor.









Nukilan Tahun Ke 9 TTC