Bilakah akan tiba masanya
tubuh halus mulus itu dapat ku bawa pulang ke rumah
berbalut kain batik berbau wangi
tangis dan tawa yang boleh menyerikan rumah kami.
Teringin rasanya mendengar panggilan ''Mama dan Daddy'' di dalam rumah kami.
Namun selama ini ianya hanya mimpi.
Tak tahu bila akan jadi realiti.
Sehingga ada kalanya rasa seperti semakin mustahil terjadi.
Teringin benar pulang dari kerja ada yang menanti.
Senyum terukir di wajah comelnya sambil menari-nari.
Senyuman yang dapat menghilangkan kepenatan seharian kerja Mama dan Daddy.
Period sentiasa on time, tak pernah lewat sekali.
Namun ku bersyukur kerana ada ramai lagi period setiap bulan pun belum tentu lagi.
Semoga tahun ini ada berita gembira dari Ilahi.
Hadiah terindah dari mu yang Maha Mengetahui.
Sehingga ke saat itu semoga ku terus sabar menanti hadirnya buah hati.
Di dalam rahim ini.
Sebelum diri dijemput Ilahi.
Semoga dapat diberikan pewaris buat keluarga kami. 💝