Thursday, 29 April 2021

OPK DAN BBT GRAFT PROBLEM CYCLE KALI NI

 30/04/2021


Hari ni CD29 belum period lagi.

Tapi tiba2 jadi risau.

Cycle kali ni BBT graf pelik sangat, suhu turun naik dan LH test pun kejap high kejap low.







Macam PCOS pulak.

Padahal doktor tak pernah sebut pun ada PCOS.

Sebab hari tu dah tanya doktor 2,3 kali dia kata takde PCOS.

LH test tu tak pasti kenapa, atau sebab bulan puasa ke?

Asyik kencing je bulan puasa ni, sebab masa sahur minum air banyak.

Sebab tu kot effect OPK test.

Suhu semalam 36.7'C, tapi pagi ni dah turun 36.4'C.

Terus rasa takde mood nak cek UPT, semalam ingat nak cek UPT pagi ni.

Ke sebab cycle ni ambil CO Q10 pun tak pasti.

Harap2 bukan sebab PCOS.

Minta dijauhkan. Aminnn.

Sunday, 18 April 2021

DAY AFTER OVULATION

DPO1 - rasa mencucuk, kulit gatal

DPO2 - mood swing

DPO3 - badan panas, mood swing

DPO4 - rasa mencucuk dan ngilu perut belah kanan, sekejap2, jerawat, muka berminyak, loya

DPO5 - tekak loya, makanan rasa lain, mengantuk awal

DPO5 - perut berdenyut tempat sama, mengantuk gila2 masa kat office.

DPO6 - mengantuk giler. sebab bulan puasa kot. bangun sahur 4.45pagi. 

DPO7 - Takde simptom apa2

DPO8 - Creamy, gatal tekak, batuk

DPO9 - Creamy, sakit pinggang, sakit belakang, batuk

DPO10 - Susah tidur malam, badan panas, asyik nak buang air kencing

DPO11 - Takde simptom apa2

DPO12 - Takde simptom apa2, watery serviks while BD

DPO13 - Mood swing

DPO14 - Mood swing, breast rasa sengal, sakit belakang, asyik mengantuk je

DPO15 - Mengantuk, mungkin sebab bulan puasa kot.Menguap tak habis-habis.

Thursday, 15 April 2021

BBT & OPK Cycle April 2021

 16/04/2021


Bulan ni amalkan ACID FOLIC dan CO Q10 je.

Tak makan langsung Shaklee macam yang doktor suruh.

Tapi boleh sambung balik makan lepas settle IVF nanti.


Sempena bulan puasa yang mulia ini semoga ada rezeki untuk kita semua dapat positif hamil.

AMINNN YA ALLAH YA MUJIB.


Semalam baru dapat peak OPK test.

Dan BBT pun suhu jatuh semalam.

Pagi tadi baru naik semula. Bermakna dah ovulate.

Alhamdulillah ya Allah.


Gambar BBT yang turun dan kemudia naik semula



Gambar OPK Test yang peak


Seronok sangat bila dah masuk bulan puasa.

Boleh jaga makan dan bagi badan berehat.

Oh ye, saya amalkan juga makan sunnah.

  1. Madu lebah asli - minum pagi masa perut kosong
  2. Makan kurma ajwa masa sarapan / sahur
  3. Makan kacang2 yang takde garam
  4. Saya amalkan juga susu kambing hi goat kurma (takde gula)
Saya try nak eat clean cycle ni. Tapi macam tak berjaya sangat. 
Cuma saya tak ambil langsung makan dan minuman bergula.
Gula putih paling kena elakkan untuk persediaan IVF.
Nasi pun kami dah tukar kepada beras PUSA CREAM BASMATHI sebab low GI dan kanji.
Itu pun rezeki ade harga promosi. Biasanya harga dia agaka mahal jugak.

Bagi saya tak salah berbelanja lebih untuk sihat, sebab kalau sakit pun mahal jugak kan bil hospital dan ubat.
Saya anggap ni ikhtiar saya untuk IVF.
Lagipun saya perasan jimat juga beras basmathi ni.
1/2 cup je dah cukup utk 2 orang makan sebab beras dia jadi panjang bila masak.

Semoga ada berita baik kepada semua yang menunggu zuriat bulan ini.
Mari sama2 manfaatkan bulan ramadhan ini untuk tambah ibadah kita disamping doa yang tak pernah putus.


💋!



Tuesday, 30 March 2021

SEMEN FLUID ANALYSIS @KPJ DSH

30/03/2021 

Appointment pukul 10.30 pagi. 

Pergi Klinik Dr Mohan dulu untuk register. 
Beli sekotak lagi CO Q10 sekali harga RM100 untuk 30 biji sebab IVF akan buat lepas raya. (Hujung bulan Mei) 
Dapat bill terus naik Fertility Centre untuk Semen Fluid Analysis. 

Bilik disediakan untuk SFA ni ada TV, sofa dan bilik air. 
Boleh la suami mandi wajib terus kalau lepas tu nak masuk office. hehe 

Itu je untuk visit kali ni. 
Harap2 pregnant dalam cycle ni sempena befdei saya dan befdei suami pulak bulan depan. 
Dan sempena Ramdhan yang bakal tiba. 

Didoakan siapa yang baca blog ini pun ada rezeki Ramadhan kali ini, InsyaAllah.
Aminn ya Allah ya Mujib. 

Tiada yang mustahil jika Kau kata 'Kun Fa Ya Kun'

Monday, 15 March 2021

SAMBUNG RAWATAN KESUBURAN - TAHUN 2021

 

9 MAC 2021

KLINIK WANUTA METRO SUBANG JAYA


Appointment dgn klinik untuk SCREENING PACKAGE harga RM450.



Plan nak proceed untuk IUI lepas buat screening ni.

buat TVS , find out :




Tiba2 ada 2 fibroid lain yg besar yang sebelum ni klinik Hamid Arshat takde cakap pun.

Tak tahu la diaorang tak nampak atau ni memang fibroid baru.

Total ada 3 firbroid.

Doktor suruh buang sebelum boleh proceed untuk IUI.

Doktor bagi refer letter untuk ke KPJ Damansara sebab kat situ dia kata Doktor Mohan Raj buat laparcopic surgery bagus, Dia buang semua laparscopic yang ada. HSG pun buat sekali masa operation nanti.

Blood test pun buat sekali kat klinik ni.

Semen analysis kena buat kat Metro Klang.

Doktor akan contact KPJ DSH untuk transfer case ni.


Total kos : Screening Package RM450 + Admin fee RM15 = RM465



15 MAC 2021

KLINIK DR MOHAN RAJ @ KPJ DSH

Appointment dgn doktor Mohan Raj pukul 12 tengahari.

Inform Doktor untuk buat laparscopic operation.

Lepas buat TVS mmg ada 3 fibroid tu, doktor kata buat je IVF instead operate buang fibroid tu.

Kos pun harmpir sama RM15K. Ataupun mungkin laparscopic dah cecah RM20K++ sekarang untuk tahun 2021. (Pakai insurans)

Sebab fibroid tu tak ganggu pun lining rahim.



Kami pun terkejut sebab kita tak prepare pun untuk IVF.

Takde study pun IVF sebab kalau boleh memang tak nak buat IVF sebab tau proses dia bukan senang, dan badan kena sihat kalau nak buat IVF.

Tapi lepas doktor kata boleh proceed untuk IVF kami pun ikut je, bagus juga sebab jimat duit, jimat masa dan percentage untuk conceive lebih tinggi dari IUI.

Cek telur pun ada banyak dan size cantik, tapi gambar TVS telur takde pulak.

Dia cuma bagi gambar lining rahim je.

Doktor Mohan minta kami pergi ke KPJ DSH Fertility Centre pulak untuk tau lebih lanjut proses IVF.

Kena buat bayaran dulu sebelum ke Fertility Centre.


Total payment hari ni :  Consultation RM445 + Admin fee RM15 = RM460.00

(Boleh claim sekali dalam KWSP under IVF)


KPJ DSH FERTILITY CENTRE

Tunggu kejap je untuk consultation, sbb ada sorg je patient mase tu.

Nurse terangkan kami proses IVF ni which is aku dah lupa sebenarnya sebab banyak sangat 😂.

Kena refer balik checklict tu untuk tengok proses dia.

Ada banyak juga injection, nanti suruh husband la tolong inject sebab aku memang penakut jarum.

Tapi IVF ni nak buat bulan depan, dalam bulan ramadhan, nurse kata boleh.

TAPI MACAM NAK GOOGLE DULU LA tengok pendapat dalam islam.

Macam kena duduk hotel pun ada sebab ada yang kena datang untuk injection pukul 7.30 pagi.

Nak datang dari klang dah sejam, memang kena check in hotel rasanya.

Nurse pun ada tunjuk diet eat clean untuk proses IVF, memang takde masalah sebab dah 2 tahun start diet eat clean yang extream.

Walaupun berat 46kg je, tapi buat eat clean untuk tambah kesuburan.

Nurse pun ada pesan jangan makan shaklee GLA COMPLEX buat sementara waktu.

Makan Asid Folic je dan pil CO Q10 yang dia bagi sebab tak nak banyak sangat makan ubat,.


 CO Q10 100mg


Bahaya untuk buah pinggang katanya kalo makan banyak jenis ubat.

Lepas embyo transfer nurse kata boleh sambung balik makan shaklee.

Total cost IVF KPJ DSH RM13, 488. 

Dapat name card nurse untuk senang whatsapp next 1st day period nanti untuk next appointment.

Since kami plan nak guna KWSP Akaun 2 untuk bayar IVF, nurse suruh kami ke International Patient pulak untuk discuss cara submit application.


INTERNATIONAL PATIENT @ KPJ DSH

Dapat semua form untuk submit.

Kami plan nak pay and claim sebab takut duit lambat masuk, mungkin ambil masa sebulan untuk permohonan approved.

Dapat name card PIC senang nak follow up.


Husband kena buat semen analysis sebelum next appointment.

Ok jumpa lagi di next entry.










Monday, 22 February 2021

Ultrasound Scan

 23/02/2021


Hari ni saja je walk in klinik swasta biasa kat office.

Nak cek kalau2 tiba2 ada cyst.

Dah cek semua ok je cyst takde, pcos takde, endo pun takde.

Alhamdulillah.


Tapi fibroid yang last time tu still ada.

Size pun still sama.

Doktor kata tak bahaya dan tak payah remove pun kalo size bawah 5cm.

Lega sangat.


So kalo ada yang dah lama tak follow up kat Fertility Center boleh la cek ultrasound scan kat klinik swasta.

Klinik saya pergi ni RM50 je, tapi dia terangkan detail betul.

Masa scan tu tanya je semua. 


Imej fibroid 3cm



Tuesday, 26 February 2019

TAHUN 2019 DAN SAYA MASIH BELUM HAMIL

Haii..

Lama pulak tak bersiaran, saja malas nk update sebab takde apa yang menarik untuk diceritakan.

Saya dah stop buat rawatan kat Klinik Hamid Arshat.

Buat masa ni just minum susu kambing Lazz kurma je dan ambil asid folic setaip hari.

Tahun ni kalau tak hamil juga baru akan sambung buat rawatan balik tahun depan.

Semoga ada berita baik untuk kita semua dalam masa terdekat ni, aminn 😉💖.

Sunday, 21 October 2018

BBT Graf untuk 2nd Cycle Clomid

Graf BBT yang menyakitkan hati. haha

Cantik je suhu tapi sehari sebelum period dia drop pulak. 
Rase malas dah rase nak buat BBT sebab fikir buat apa pun buat sebab last day dia akan drop juga.

Lepas ni nak buat BBT untuk tahu ovulation day je.
Frust dah rase, haha.

Ni call Klinik Hamid Arshat untuk next follow up tak dapat-dapat pulak.
Alahaii sedihnya rase, harap-harap la dia tutup sementara je.

Malam ni baru start Clomid untuk 3rd cycle.
Semoga ada berita baik untuk kita semua bulan ni 😊💞.

Sunday, 7 October 2018

Start Norcolut


5/10/2018 
Hari ni appointment ke-4 kat Klinik Hamid Arshat untuk buat TVS untuk cek ade berapa banyak telur yang matang lepas 2nd cycle on clomid. 
Sebenarnya berapa hari sebelum cek TVS ni rase macam bad mood. 
Sebab bulan ni langsung takde egg white which is indicated yang ada ovulasi. 

Tapi suprisingly lepas scan doctor kata kiri dan kanan ada telur, kanan dah pecah dan kiri ada 2 telur yang besar. 
Doktor kata awak tengah subur ni. 
Nanti balik try bersama lagi sebab masa tu CD15 which is still dalam fertiliy window.


TVS Scan tunjuk ada 2 telur yang cantik,
dan belah kanan telur yang dah pecah maksudnya tengah subur


Rase happy sangat, sebab sebelum ni ingat takde harapan dah.
Doktor pun ade kata tak semestinya tak ovulate kalau takde egg white.

Tak tahu la ni hasil Clomid ataupun Buah Zuriat 😆.

Doctor bagi lagi Clomid untuk try for 3rd cycle kalau period.
Tapi doktor bagi juga Norcolut (dwi fungsi : untuk kuatkan rahim sekiranya hamil, tapi kalau tak hamil dia akan habiskan turun dah period).


Clomid for 3rd cycle - Makan 4 biji sekali sehari

Norcolut - Makan 1 biji 2 kali sehari

Asid Folic ni memang saya hari-hari makan nak dekat setahun dah kot

Bil kali ni RM127.00

Nota :
Norcolut tu doktor terus suruh makan CD15 tu untuk kuatkan rahim.

Sekarang ni saya ada simptom senak perut kat belah kanan. 
Tempat yang sama je berdenyut dan kadang-kadang macam tertusuk 😅.
Dah 2 hari macam ni masa CD15 dan CD16.

BBT pagi tadi 36.9'C.. harap-harap la bulan ni ade berita baik.
Aminn.. 💖


Sunday, 23 September 2018

2nd Cycle Clomid (50mg)

24/09/2018
Start makan Clomid 60mg untuk 2nd cycle pada CD03. 
Sama jugak ye cara dia cuma dos dia bertambah 1 biji. 

Hari tu punya clomid cycle tak berjaya. 
Doctor cakap telur kecik je mase buat TVS Scan. 

Dah call Klinik Hamid Arshat untuk next appointment on 05/10/2018 iaitu CD14.
Doakan saya ye ada berita baik nanti 😉. 

Nanti CD20 baru start makan Duphaston untuk matangkan telur. 

Gambar ada kat bawah :-


Clomid 50mg



Duphaston

Thursday, 13 September 2018

TVS Scan after 1st Cycle Clomid

07/09/2018

Scan TVS doktor kata size telur kecik je. 

Tak nampak sangat telur sebab saiz kecik

Dia tambah dos Clomid in case period, makan 3rd day period dan call klinik untuk next appointment. 

Dokor juga ada bagi pil Duphaston untuk matangkan telur, makan start CD20. 

TOTAL PAYMENT : RM194.00

Nukilan Tahun Ke 9 TTC