Tuesday, 7 August 2018

1st Appointment Klinik Hamid Arshat

Sebelum ni pernah dengar banyak orang buat rawatan kesuburan kat Klinik Hamid Arshat. Even my own sister in law pun buat rawatan kat situ. Tapi tak pernah terfikir nak buat kat situ sebab ingatkan mahal. Satu hari tu terbaca Mawar bini Fizzo disahkan hamil lepas buat rawatan kat situ. Saya pun try Google tengok harga. Oh ok la harga dia for specialist center mcm tu. Call 2x dah dapat. Nurse tu siap nak setkan appointment dalam minggu tu gak. Tapi saya minta date lain sebab nak kene apply cuti.

19/07/2018

1st appointment saya Julai 2018. Parking kat basement RM5 ye sekali masuk. Kalau nak parking luar pun boleh kot, tapi kalo kene clamp saya tak tau ye 😜.

Klinik Dr. Hamid Arshat ni dalam Aster Hotel ye. Boleh tengok signboard kat luat hotel. Sampai terus register kat bilik no.5 (PENDAFTARAN) dua-dua suami dan isteri. Nanti dia akan tanya semua details kita. 


Lepas tu keluar dan tunggu nama dipaggil untuk buat TVS (Trans Vagina Scan) pulak. Untuk tengok samaada ada telur atau tak. Tak pasti kalo yang takde telur tu sebab ape. Macam saya ok ada satu telur kiri dan kanan. Lepas scan doc kata saya ada fibroid 3cm tapi tak bahaya. Fuh legaa dia cakap macam tu 😓. Tapi lupa plak nak tangkap gambar scan tu. Lepas bagi file tu kat doctor dah tak sempat nak tangkap gambar.


Lepas tu turn husband pula buat sperm count (semen activity). Ada disediakan bilik treatment untuk keluarkan sperma. Tapi jangan bersama suami at least 3 hari sebelum appointment ni ye. Alhmadulillah husband semua ok. Doc pun ada cadangkan kami tambah makanan itu macam buah-buahan, etc. tapi dah lupa plak. haha.


Disebabkan lepas cek doc kata darah saya rendah, doc bg Obimin untuk tambah darah, pil minyak ikan (baik sebab tinggi kandungan omega untuk orang yang nak hamil) dan ubat untuk makan lepas buat HSG nanti. 


Dapat refer letter untuk buat HSG kat Klinik Daya kat bangunan DBKL. Caj RM260 (untuk tahun 2018 ni ye). Tapi lepas survey saya cadang nak buat kat KPJ Shah Alam sebab tengok maps dekat dengan rumah sebab saya duduk Klang. Walaupun mahal sikit tapi tak pe asalkan doc perempuan. Tak sanggup klinik Daya tu doc lelaki 😂. Tak salah usaha kan kalo ada pilihan doc perempuan. 


Rawatan kami berakhir ngam-ngam sebelum waktu rehat iaitu kul 1. So kita kene luangkan masa at least separuh hari kat klinik hamid arshad ni ye.


Next, kene tunggu sama ada period atau tak. Kene call klinik hamid arshat sekiranya period pada bulan ni untuk inform nak review result after buat HSG. Kene call tempat yang kita nak buat HSG pada hari 1st period tu jugak ok! So tak payah amek banyak cuti, buat 2 benda pada hari yang sama 😉.



💖TOTAL PAYMENT = RM301.00

No comments:

Post a Comment

Nukilan Tahun Ke 9 TTC