06/08/2018 (KPJ KLANG)
Kami sampai KPJ Klang pukul 9. Tapi appointment pukul 9.30pagi. Lepas bagi ic untuk register jururawat kat kaunter suruh pergi breakfast dulu. Doc pukul 9.30 baru datang. Kami pun breakfast dulu kat cafe kat blakang lobi. Kami peserta pertama. Orang pun takda lagi sebab awal sangat. haha.
Kami sampai KPJ Klang pukul 9. Tapi appointment pukul 9.30pagi. Lepas bagi ic untuk register jururawat kat kaunter suruh pergi breakfast dulu. Doc pukul 9.30 baru datang. Kami pun breakfast dulu kat cafe kat blakang lobi. Kami peserta pertama. Orang pun takda lagi sebab awal sangat. haha.
Lepas makan try la nak insert ubat tahan sakit yang klinik hamid arshat bagi tu kat toilet. Tapi tak reti weh! berapa kali insert keluar balik 😂😂😂. Last2 saya buang je dalam tong sampah. Kihkih. Tapi nurse kat kaunter pun ada kata tak payah insert ubat apa-apa. Dia kata bukan sakit pun prosedur tu. Krikk krikk.. ok.
Kul 9.30 pagi nama saya pun dipanggil. Tapi doc lelaki yang on duty. Tersentap rasa. Dah bayar mahal doc lelaki plak ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Tapi tak pe la mungkin ada hikmahnya. Kita dah usaha tapi Tuhan dah takdirkan doc lelaki yang akan buat prosedur tu.
So lega sikit rasa dan fikir positif. Tak pe la kita buat rawatan untuk tahu penyakit apa dan semoga Tuhan permudahkan.
Tukar pakai baju xtray dan baring atas katil xray yang dilapik dengan selimut tebal. Aircond pun tak sejuk so kita pun jadi rileks je.
Lepas doc perkenalkan diri dia pun kata kita kene bagi kerjasama. Badan kene lembut kalo tak nak sakit.
Bila dah start tak sakit pun rupanya dan cuma rasa terkejut je masa dia mula2 masukkan alat retikulum tu. Masa dia shoot cecair dye tu pun tak rasa sangat. Macam mencucuk masa period yang halus je. Tak tahu la kalau orang lain. Sebab badan kita mungkin tak sama kondisi. Kejap je dah siap.
Doc kata tiub saya ok dan takde blockage. Lepas tukar baju dan pakai pad yang bawa dari rumah tunggu kat depan untuk ambil filem xray. Dalam 10 minit siap. Minta MC tak dapat pulak. KPJ Klang kata tak boleh bagi MC. Tak tahu la knape.
Lepas tu kami bergegas pergi Klinik hamid arshat plak. Kalo boleh nak sampai sebelum time lunch. Kalau tak nanti sejam plak kene tunggu. Sempat sampai awal dan review dengan doc. Doc pun kata tube semua ok dan takde blockage.
Doc kata lepas HSG ni la waktu yang sesuai untuk bersama sebab uterus kita macam baru kene flush dan dibuka laluan. Doc suruh bersama dulu secara natural, mana tahu ade rezeki.
Kalau period juga baru call klinik hamid arshat pada hari ke-3 period untuk set next appointment. Next cycle tu baru akan start makan clomid yang doc bagi. Sekarang ni balik dan berusaha ! 😛💪
Ramai yang berjaya hamil lepas buat HSG, so sape-sape yang belum buat tu boleh la try buat ye. Mana tahu ada rezeki hamil next cycle. Baby dust to uolls!
💖TOTAL PAYMENT OGOS 2018 = RM447.80
NOTA :
Bleeding sikit je. Saya pakai pantyliner je. Ada la dalam 3 titik macam tu, warna coklat. Sekali tu je. Lepas tu takde bleeding langsung. Perut pun tak sakit macam buat kat tempat lain. So saya suggest buat HSG kat KPJ Klang untuk sape yang takut sakit tu 😉. I siap pergi shopping lagi lepas buat HSG tu 😆.
No comments:
Post a Comment