Thursday, 19 May 2022

 17/03/2022

HARI PEMBEDAHAN LAPOROSCOPY

- Last makan 5.30 pagi.

- 8.30 pagi daftar kat admission counter.

- Bayar deposit RM500 (RM200 refundable)

- Pagi tu baru dapat result PCR test negatif, alhamdulillah.

- Request bilik pun boleh buat time ni. (depends on availability). Alhamdulillah ada bilik single. Just top up RM43.80 duit sendiri. (Potong dari refund masa nak discharged nanti)

- Staff hantar naik Surgical Ward di Tingkat 3.

- Nurse cek tekanan darah dan masukkan ubat melalui rektum untuk membuang.

- Pakar bius datang tanya alahan, etc.

- Tukar baju bedah dan seluar dalam pakai buang.

- Ditolak ke bilik bedah pukul 3.30 petang.


prosedur laporoscopy  (gambar google)


- Pakar bius pasang cannula, (bagi aku jarum cannula tu tak sakit. Aku rasa sakit lagi bila masuk ubat membuang kat dubur tu) masukkan ubat bius terus tak sedar diri.

- 30 minit lepas sedar, baru nurse tolak semula ke wad. Rasanya pembedahan ambil masa sejam setengah je kot.



tempat yang kena tebuk -  (gambar google)



Masa ni makanan dah sampai. Cium bau makanan pun nak muntah. Padahal sebelum tu lapar sangat.

Lepas muntah sekali baru ada selera makan, lepas tu makan sikit je.

(Still boleh makan macam biasa : Menu - Ikan tenggiri asam rebus, sup , sawi rebus, jus oren dan buah oren

Malam tu lapar gila pulak. huhu. Padan muka.


Malam :

Nurse ambil tekanan darah dan suhu setiap 2 jam kot. untuk pastikan tak demam.

Nurse masukkan juga pain killer melalui cannula.

Dan tambah drip setiap kali habis.

Panadol & pil pain killer pun disediakan (in case perlu).

Tak rasa sakit sangat sebab dia just tebuk je, belum operate apa2 lagi.


4 pagi -  nurse bagitahu esok kena puasa lagi sebab nak buat CT scan dan scope bahagian usus pula, sebab jumpa ketumbuhan pada bahagian usus.

Minum susu almond saja sebab tak boleh makan, esok senang nak membuang.



18/03/2022

CT SCAN & COLONSCOPY

Pukul 11 pagi - Minum satu jug besar air contrast untuk CT scan.

Cawan yang ke 4 betul2 rasa nak muntah. Nasib tak muntah. Kalau tak jenuh nak minum balik semula 1 jug. Sebab air ni rasa pelik, macam bau balm serai.

Nurse datang untuk masukkan ubat membuang. Terus membuang lagi lepas masuk ubat tu.

Nurse tolak guna wheelchair ke bahagian CT scan. (Jgn pakai seluar dalam)

Tunggu kejap nama dipanggil sebelum staff CT scan tolak masuk bilik.

Nurse masukkan ubat sejuk melalui dubur guna tiub panjang, dan minta suruh tahan daripa air tu tekeluar semula. Tapi dapat rasa banyak yang keluar sebab air tu banyak sangat.


CT Scan  (gambar google)


Masuk dalam lubang CT scan tu, tahan nak muntah sebab loya minum air contrast tu. mana nak tahan sejuk bilik tu. Sejuk sangat sampai menggelatar walaupun berselimut. Mana nak tahan air dalam dubur tak bagi terkeluar.

Lepas tu nurse inject pula dalam canula cecair apa ntah, terus rasa sakit, pening, panas sebelah badan lepas tu rasa berpinar2.

Masa ni banyakkan berzikir moga cepat habis, dan pejam je mata. Malas nak tegok benda tu berpusing takut pening kang muntah balik semua benda. haha.

Dah siap semula nurse tolak semula naik bilik.

Masa ni makanan dah sampai, tapi nurse tak bagi makan lagi sebab petang tu nak buat colonscopy pula. nanti susah pula nak membuang.


Nurse datang lagi bagi ubat membuang. dia kata ubat ni lagi kuat dan pekat.

Sakit juga masa masuk dalam dubur tu. huhu.

Lepas tu kena tahan 10 minit. Masalahnya 1 minit pun perut dah sakit gila.

Dia punya tahap kuat tu sampai najis kita boleh rasa tersembur sikit keluar kat ats katil.

(Saja cerita detail, nak bagitau dia punya tahap kuat).


Tunggu 6 minit je terus membuang, sebab tak boleh tahan dah. huhu.

Lepas tu nurse datang tanya lagi najis tu macam mana. Bila bagitahu masih ada lagi pejal dia bagi lagi sekali ubat dari dubur tu.

Sampai la keluar air je, baru nurse proceed untuk hantar buat colonscope.

Tunggu Doktor Pakar Usus dalam sejam lebih macam tu, sebab doktor ada prosedur lain masa tu.

Nurse masukkan 2 picagari ubat kat cannula.

Terus blackout. Tau2 dah siap dan ada kat tempat menunggu tadi balik.

Rasa banyak kali mimpi, terjaga, mimpi balik dan terjaga. Haha.  kuat betul ubat sedatif tu.


Dah hantar ke bilik baru betul2 sedar.

Lepas prosedur tu dah boleh makan dah, still lagi solid food.

Malam tu tidur lena sebab perasan sekali je nurse datang ambik tekanan darah dan suhu.

Ubat dan pain killer pun tak nak sebab tak sakit.

Esok dah boleh discharged dan nurse tanggalkan drip pagi tu.

Pukul 5 petang juga boleh discharge sebab tunggu final bill dan insurance yang tak clear sampai ke sudah.

Doktor datang tengok keadaan dan cakap tak sakit apa semua terus dia buka plaster kat tempat tebuk tu dan spray ubat apa tah sejuk. Tak sakit pun.

Doktor kata dia tak potong pun perut sebab nanti dia akan buat LAPOROTOMY pula, iaitu major surgery. Macam beranak c-zer tu. Sebab tu saya tak sakit. Sebab dia just tebuk kecik je.

Sebelum check out tu dapat makan spagehtti bolognese lagi sebab diorang dah hantar kat bilik. hihihii.

lepas tu baru nurse tanggalkan canula, bagi MC dan boleh balik.


Total charge RM20,364.95.

Nota:

Hospital refund semula PCR test saya RM250.

Tapi deposit saya RM300 non-refundable sebab policy insurance saya ambil macam tu.











No comments:

Post a Comment

Nukilan Tahun Ke 9 TTC