Friday, 20 May 2022

PEMBEDAHAN KE -2 : MYOMECTOMY 

 25/03/2022

-Dah buat PCR test juga sehari sebelum masuk. suami pun buat PCR test kat klinik luar.

Tapi dia tak boleh claim kat KPJ. pesakit je boleh claim.

Sama juga kena puasa. Last makan pukul 5.30 pagi.

Daftar bilik, bayar deposit RM500 sama macama sebelum ni.

Masuk bilik dapat baju bedah.

Kali ni dapat makanan pulak mee goreng. Last time masa check in tak dapat pun makanan. Tak paham jugak. tapi malas nak tanya. huhu.

dapat la husband makan sebelum dia pegi sembahyang jumaat.

Sama juga kena masukkan ubat enema (ubat berak tu) nasib kali ni tak sakit.

Doktor Pakar Bius macam biasa datang tanya alahan.

Dia kata nak cucuk epidural sebab takut aku sakit.

Terus meremang, paling takut epidural. Tapi ikut je la apa doktor suruh.

Ditolak ke bilik bedah pukul 2 petang macam tu kot. Tolak sekali dengan katil bilik. haha.

Nasib sempat wasap husband. Takut kang dia balik bilik pelik plak tengok katil hilang. 😆

Nurse tolong kunci bilik sebab takde orang kat bilik.


Masa masuk bilik bedah tu tengok jam pukul 2.30ptg.

Dorg pasang muzik jadi takde la rasa takut sangat.

Dorg pun bergurau2 ceria je.

Aku pun tak rasa takut sangat dah sebab rasa dah biasa dah masuk bilik bedah.

Cuma sejuk oii sampai menggeletar satu badan huhuu.

2x cucuk canula, sebab masa mula2 tu masuk. Auchhh.

Lepas tu doktor kata ok nak cucuk epidural.

Terus zikir sebab takut yang amat sebab orang kata epidural ni sakit dan jarum besar giler.

Dorang lap2 belakang badan ntah berapa kali. Aku pun fikir mesti sakit gila ni sampai lama mcm tu dorg nak prepare ubat.

Losyen tu plak panas rasa selesa je sebab bilik tu kan sejuk.

Tiba masa dia nak cucuk epidural tu sekali cehh takde la sakit mana. Sakit lagi cucuk vaksin.

Hampehh betul la sape kata sakit tu. kita ni sampai ketar lutut ingat sakit 😂

Dah siap cucuk tu terus pengsan. haha. 


Masa dah sedar tu gigih buka mata bulat2 sebab nak suruh diorang cepat hantar ke bilik. 

Padahal mamai lagi.

Sebab last time masa laporoscopic banyak kali pengsan balik lepas sedar. hahaa.

Tapi lepas laporotomy ni aku buka mata sikit pun dorg terus tolak masuk bilik. Jadi takde la lama kesejukan menunggu.


Masuk bilik tengok husband dah ada menunggu.

Bau makanan menusuk ke dalam hidung terus rasa nak muntah.

Husband suruh makan sebab masa tu dah nak maghrib pun tak makan lagi.

Tapi macam mana nak makan, bau tu pun dah nak muntah.

Siap aku suruh letak makanan jauh2.

Lagipun memang lepas bedah tak boleh terus makan. Kalau tak muntah boleh cuba minum je dulu.

Lepas tu tak ingt apa dah. Rasanya banyak kali aku igt aku dah bangun tapi sebenarnya belum bangun. Betapa kuat penangan epidural tu. Tak pasal2 aku tak gosok gigi malam tu sebab sampai ke malam tak sedar. 

Dia bangun dan tertidur balik masuk alam mimpi macam tu. huhu. sabar je lahh.

Try minum air seteguk je, terus muntah sekarung.

Malam tu rasanya sekali je nurse datang ambil tekanan darah, jadi dapat la tidur lena.


26/05/2022

Pagi tu aku dah sedar sepenuhnya.

Patut la takde rasa nak membuang air rupanya doktor pakaikan tiub kencing dan tiub darah.

Mesin epidural pun still on dan satu lagi drip pun on.

Memang susah nak bergerak ke bilik air kalo tak pakai tiub kencing.

Suruh husband lap2 je muka dan guna penyembur untuk ambil wudhuk.

Tapi rasa nak makan still takde walaupun petang tu dah boleh makan.

sebab setiap kali cuba makan je muntah.

Kepala still sakit, rasanya penangan ubat bius la ni.

Lepas tu perasan tak rasa dari pinggang sampai peha, sebab epidural.


petang tu doktor kata dah boleh offkan drip lepas dah boleh makan.

rasanya minum susu badam je boleh sebab nak bagi perut kenyang sikit.

Makanan pun still makanan solid lagi, banyak susp2 dan bubur je.


Doktor usus masuk dan kata fibroid tu tak kena pun usus rupanya.

Alhamdulillah. 

Doktor yang suruh buat laporotomy ni pulak kata dapat keluarkan fibroid yang besar.

Mula2 estimate 6cm je. sekali keluar 9cm. Macam buah pear tu besar dia.


Lepas bedah agak susah nak gerakkan badan, sebab sakit kat tempat czer tu. dia tahap nak bangun dari katil pun kena ada orang tolakkan belakang.

Doktor kata cuba berdiri jangan baring lama sangat, masalahnya duduk pun pening yang amat dan nak muntah.

Sampai rasa takut nak duduk. Nasib dah standby bawak banyak plastik muntah.

Nurse sejam sekali ambil tekanan darah dan cek suhu untuk pastikan tak demam.

Tapi lepas bedah darah aku rendah, sebab tu lagi tambah nak pitam je.


Lepas nurse tanggalkan tiub kencing dan cuba kencing nasib ta sakit alahmdulillah.


macam ni rupa plaster tampal kat perut lepas bedah  (gambar google)


Tapi aku perasan aku belum rasa nak berak.

Rupanya bila google tu kesan dari ubat bius juga, jadi sembelit.

Tapi ada bagusnya juga, usus tengah luka bagus la tak buang air besar.

Dah boleh makan tapi still lagi tak selera. Makan buat syarat je. Yang lain semua suruh husband tolong habiskan. Paling minat pun minum jus dengan makan yogurt je.


27/05/2022

Petang dah boleh discharge.

Total cost laporotomy ni RM25,000++

Suruh husband je turun bawah untuk bayar kos2 tambahan.

Tapi tak payah bayar apa2. Cuma dapat refund RM77  lepas tolak caj bilik single untuk 2 hari.


Dapat MC 3 minggu dulu. doktor kata nanti kalau nak sambung just call je inform.

Doktor buka plaster bedah dan cabut tiub darah, nasib tak sakit. Kita ni dah pejam mata kot la sakit.

Penakut betol 😂.


Nak jalan ke kereta pun slow2 sebab perut sakit. Kereta langgar lubang pun pegang perut.

Lepas 2 minggu akan jumpa doktor lagi untuk cek luka.


macam ni rupa parut bikini cut  (gambar google)











No comments:

Post a Comment

Nukilan Tahun Ke 9 TTC